3. CARA-CARA MENGUJI1. • Periksa Pendawaian sebelum elektrik dibekalkan.• Hidupkan Pemutus Litar Elektrik (MCB) dan Suis ON/OFF DP (dwikutub).• Hidupkan ELB pada Unit (tolak Tuas Set Semula ELB ke atas).• Tekan Butang Ujian ELB.• ELB adalah di dalam keadaan baik apabila ianya pada kedudukan “Off” (Tuas Set SemulaELB akan menggelongsor ke bawah) dan tolak Tuas Set Semula ELB ke atas. Sila rujukgambarajah.• Pemeriksaan ke atas Pemutus Litar Bocor ke Bumi (ELB) terbina hendaklah dilakukan sebulansekali untuk mengelakkan bahaya kepada pengguna seperti kerosakan kepada harta benda,kecederaan parah atau kematian.2. • Buka Injap Air Utama.• Laraskan Tombol Isipadu Air mengikut arah jam.• Periksa sekiranya ada kebocoran air daripada Saluran Paip.3. • Tekan Tuas On-Off sekali, panel Lampu ELB akan menyala dan air akan mula mengalir keluar dari Kepala Pancuran.• Pusingkan Tombol Kawalan Kuasa ikut arah jam dan air panas akan mengalir keluar dari Kepala Pancuran.(Laraskan kepada suhu air yang bersesuaian).4. Sila rujuk CARA-CARA MENGGUNAKAN PANCURAN MANDI ELEKTRIK dan CARA MENYELARASKAN KADAR ALIRAN padamuka surat 7 dan 8.Jika Tuas Set Semula ELB tidak boleh berfungsi walaupun anda tolak ia ke atas atauTuas Set Semula ELB terus menggelongsor ke bawah semasa kendalian, jangangunakan Unit tersebut dan sila hubungi wakil penjual dengan segera untukmengelakkan bahaya kepada pengguna seperti kerosakan kepada harta benda,kecederaan parah atau kematian. Jangan mengikat Tuas Set Semula ELB secarapaksa dengan pita pelekat dan sebagainya.AMARANTolakButang UjianELBTuas SetSemula ELB- 16 -