50 BAHASA MELAYUBAHASA MELAYU (Arahan asal)AMARAN• Bagi pengguna di Eropah:Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berumur 8 tahun ke atas jika mereka telah diberipengawasan atau arahan berkenaan penggunaan alat ini secara selamat dan memahami bahayayang terlibat. Pembersihan dan penyelenggaraan pengguna tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanakmelainkan mereka berumur 8 tahun ke atas dan diselia. Jauhkan alat dan kord alat daripada jangkauankanak-kanak berumur kurang daripada 8 tahun.Alat ini boleh digunakan oleh orang yang kekurangan keupayaan fizikal, deria atau mental ataukurang pengalaman dan pengetahuan jika mereka telah diberi pengawasan atau arahan berkenaanpenggunaan alat ini secara selamat dan memahami bahaya yang terlibat.Kanak-kanak tidak boleh bermain dengan alat ini.• Bagi pengguna di kawasan selain Eropah:Alat ini tidak bertujuan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang mempunyaikekurangan fizikal, deria atau kebolehan mental, atau kurang pengalaman dan pengetahuan,melainkan mereka telah diberikan penyeliaan dan arahan berkenaan penggunaan alat oleh orang yangbertanggungjawab ke atas keselamatan mereka. Kanak-kanak harus diselia untuk memastikan merekatidak bermain dengan alat ini.• Lihat bab “PENYELENGGARAAN” untuk mendapatkan butiran langkah berjaga-jaga yang sesuaisemasa penyelenggaraan pengguna.• Lihat bab “SPESIFIKASI” untuk rujukan jenis bateri.• Lihat bahagian “Memasang atau mengeluarkan kartrij bateri” untuk cara mengeluarkan atau memasangbateri.• Apabila melupuskan kartrij bateri, keluarkan ia daripada alat dan lupuskan ia di tempat selamat. Ikutperaturan tempatan anda mengenai pelupusan bateri.• Jika alat tidak digunakan untuk tempoh masa yang lama, bateri mesti dikeluarkan daripada alat.• Jangan pintaskan kartrij bateri.• Alat ini bertujuan untuk digunakan di dalam rumah atau penggunaan yang serupa:— kawasan dapur kakitangan di kedai, pejabat dan persekitaran kerja lain;— rumah ladang;— oleh klien di hotel, motel dan persekitaran jenis kediaman lain;— persekitaran jenis inap sarapan.• Untuk melindungi daripada kebakaran, renjatan elektrik, jangan rendam alat dan bateri di dalam air ataudi dalam sebarang cecair lain.• Jangan terlebih isi air di dalam alat. Air yang mendidih boleh terkeluar dan menyebabkan kecederaanlecur.• AMARAN: Jangan tanggalkan tudung ketika air sedang mendidih.• Alat ini beroperasi menggunakan bateri dan bateri dicas di luar alat.• Bateri boleh dicas semula perlu dikeluarkan daripada alat sebelum dicas.• Bateri perlu dimasukkan dengan kekutuban yang betul.• Bateri yang telah kehabisan perlu dikeluarkan daripada alat dan dilupuskan dengan selamat.• Elakkan sebarang tumpahan cecair pada penyambung bekalan kuasa atau terminal bateri.• Alat ini ialah cerek air untuk mendidihkan air dan berpotensi menyebabkan kecederaan akibat salahguna.