36 BAHASA MELAYUBAHASA MELAYU (Arahan asal)AMARAN• Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berumur 8 tahun ke atas dan orang yang mengalami kecacatanfizikal, deria atau kurang keupayaan mental atau kurang pengalaman dan pengetahuan jika mereka telahdiberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan alat ini secara selamat dan memahami bahaya yangterlibat.• Kanak-kanak tidak boleh bermain dengan alat ini. Pembersihan dan penyelenggaraan pengguna tidak bolehdilakukan oleh kanak-kanak tanpa pengawasan.• Lihat bab “SPESIFIKASI” untuk rujukan jenis bateri.• Lihat bahagian “Memasang atau mengeluarkan kartrij bateri” untuk cara mengeluarkan atau memasang bateri.• Apabila melupuskan kartrij bateri, keluarkan ia daripada alat dan lupuskan ia di tempat selamat. Ikut peraturantempatan anda mengenai pelupusan bateri.• Jika alat tidak digunakan untuk tempoh masa yang lama, bateri mesti dikeluarkan daripada alat.• Jangan pintaskan kartrij bateri.• Lihat bab “PENYELENGGARAAN” untuk mendapatkan butiran langkah berjaga-jaga yang sesuai semasapenyelenggaraan pengguna.SPESIFIKASIModel: DCL283FKapasiti 730 mLPenggunaan berterusan (dengan bateri BL1830B) Kira-kira 10 minPanjang keseluruhan (dengan paip, muncung dan bateriBL1830B)1,066 mmVoltan terkadar D.C. 18 VBerat bersih 1.3 - 1.7 kg• Disebabkan program penyelidikan dan pembangunan kami yang berterusan, spesifikasi yang terkandung didalam ini adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis.• Spesifikasi mungkin berbeza mengikut negara.• Berat tidak termasuk aksesori tetapi kartrij bateri. Berat kombinasi paling ringan dan paling berat perkakas dankartrij bateri ditunjukkan di dalam jadual.Kartrij bateri dan pengecas yang boleh digunakanKartrij bateri BL1815N / BL1820B / BL1830B / BL1840B / BL1850B / BL1860BPengecas DC18RC / DC18RD / DC18RE / DC18SD / DC18SE / DC18SF /DC18SH / DC18WC• Sesetengah kartrij bateri dan pengecas yang disenaraikan di atas mungkin tidak tersedia bergantung padakawasan kediaman anda.AMARAN: Hanya menggunakan kartrij bateri dan pengecas yang disenaraikan di atas. Penggunaanmana-mana kartrij bateri dan pengecas lain boleh menyebabkan kecederaan dan/atau kebakaran.